Aktiviti Gotong-royong Kedai Amal

Tempat : Kedai Amal Yayasan Nusrah

Tarikh : 16/10/2010 (Sabtu)

Pada hari sabtu yang lalu, alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T, satu aktiviti gotong-royong telah berjaya di adakan di Kedai Amal Yayasan Nusrah.

Aktiviti gotong-royong ini telah di bantu oleh sekumpulan sukaralawan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Kesemua 5 orang sukarelawan telah di ketuai oleh Dr. Zakiyah Jamaluddin. Dr. Zakiyah merupakan pensyarah di UUM merangkap pengerusi Kedai Amal Yayasan Nusrah. Kesemua 5 sukarelawan yang dimaksudkan ialah Siti Nur Ashikin, Norhanis Hadira, Raihanah, Norasimah dan Noor Hashila.

Aktiviti tersebut telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Aktiviti gotong-royong ini tertumpu kepada kerja-kerja mengemas dan mengasingkan pakaian yang didermakan oleh orang ramai. Pakaian-pakaian tersebut telah diasingkan mengikut beberapa kategori seperti baju kanak-kanak dan dewasa. Bagi baju-baju yang masih elok dan boleh dipakai, ia akan dijual di Kedai Amal dengan harga yang berpatutan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui barangan yang dijual dan membelinya dari Kedai Amal boleh berbuat demikian di Kedai Amal sendiri di alamat No 80 Sisiran 7, Taman Siswa UUM, 06000 Bandar Darulaman atau layarihttp://www.yayasannusrah.com.my/onlinestore/ untuk pembelian secara online.

Pihak Yayasan Nusrah mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa masing-masing membantu pihak pengurusan Kedai Amal mengadakan gotong-royong tersebut. Masa yang diluang oleh kesemua sukarelawan ini umpama sedekah yang dilakukan dan insyaAllah akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”

Antara sukarelawan yang terlibat

Sedang mengemas pakaian

pakaian yang sedia untuk dijual

Advertisements