Yayasan Nusrah menerima sumbangan untuk projek ke Kemboja


Pada hari ini, bersamaan 27 Disember 2010, Yayasan Nusrah telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 4300.00 daripada orang ramai. Selain itu, Yayasan juga menerima sumbangan 40 naskah Al-quran dan 150 naskah surah yassin. Melalui sumbangan ini, ia menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan menderma dan tanda sokongan mereka terhadap  program amal yang dijalankan oleh Yayasan Nusrah. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan amat mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak-pihak diluar sana yang sudi untuk menghulurkan sumbangan agar program ke Kemboja berjaya mencapai matlamatnya.

“tolong menolong kebaikan bersama dunia akhirat”

 

Advertisements

LAPORAN KEWANGAN BANJIR YAYASAN NUSRAH 2010

LAPORAN KEWANGAN BANJIR YAYASAN NUSRAH 2010

Wang masuk

NO SUMBER JUMLAH (RM)
1. Tunai daripada orang ramai 2105.00
2. Sumbangan melalui pihak bank 1540.00
3. Pendapatan yayasan 1000.00
JUMLAH 4645.00

Wang keluar

NO. PERKARA JUMLAH(RM)
1. Belian toto 1800.00
2. Belian bantal 1600.00
3. Alat pencuci + pencuci 150.00
4. Makanan untuk sukarelawan 300.00
5. Beli mesin basuh semi auto 340.00
6. Sukarelawan berbayar 600.00
JUMLAH 4790.00

Gambar sekitar banjir di Kedah

Barang-barang yang didermakan oleh orang ramai kepada mangsa banjir

Kawasan jalan raya yang turut dinaiki air

SEKITAR BENGKEL PENULISAN BUKU

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya Yayasan Nusrah berjaya melaksanakan bengkel penulisan buku bersama guru-guru sekolah agama sekitar negeri Kedah, di mana bengkel ini diterajui oleh saudari Fitriah. Pada 18 dan 22 Disember seramai 18 orang tenaga pengajar dari pelbagai sekolah telah menghadiri  bengkel  yang diadakan di Dewan Budaya Institusi Aminuddin Baki, Jitra Kedah. Pada sesi pertama, peserta didedahkan dengan manfaat yang dapat diperolehi melalui penghasilan karya dan bimbingan menyediakan kertas kerja. Pada sesi berikutnya, peserta diminta untuk membentangkan kertas kerja yang dihasilkan bagi tujuan penilaian oleh juri dan seterusnya diberi berpeluang menerbitkan buku dengan kerjasama Yayasan Nusrah.  Bengkel penulisan seumpama ini dilihat mampu mencungkil bakat baru disamping boleh menjana sumber pendapatan sampingan bagi mereka yang benar-benar berbakat. Yayasan Nusrah melihat program seperti ini sebagai satu usaha untuk membantu golongan asatizah menambahkan pendapatan mereka, dengan harapan golongan ini  tidak hanya tertumpu kepada bidang pengajaran semata-mata tetapi mampu menghasilkan karya yang bermutu. Melihat kepada kesungguhan para peserta semasa mengikuti bengkel ini, pihak yayasan berbesar hati sekiranya berpeluang untuk mengadakan bengkel ataupun kursus dengan para asatizah pada masa hadapan.

“Tolong menolong, kebaikan bersama dunia akhirat”


Peserta bengkel sedang membentangkan kertas kerja masing-masing.

 

Peserta bengkel khusyuk mendengar pembentangan rakan-rakan yang lain

 

Penceramah jemputan Ustaz Zaki tengah menyampaikan ceramah kepada peserta

KEPRIHATINAN PUSAT KO-KURIKULUM UUM, SINTOK

Keprihatinan pusat ko-kurikulum UUM yang turut sama menyumbang kepada perkembangan Yayasan Nusrah yang baru sahaja beroperasi  membuktikan bahawa mereka menyokong  usaha murni pertubuhan ini untuk berbakti kepada masyarakat. Pada 20 Disember 2010 bersamaan hari isnin, bertempat di pusat ko-kurikulum UUM,  Dr. Nadiyah selaku pengasas Yayasan Nusrah ditemani oleh dua orang pekerja sosial berbesar hati menerima sumbangan berupa topi, blazer dan juga pakaian uniform yang akan di masukkan ke dalam dana Yayasan Nusrah.

En. Rosli selaku wakil yang menyampaikan sumbangan berkata, ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang seharusnya diamalkan oleh semua agensi kerajaan ataupun swasta sebagai usaha untuk membantu membangunkan pertubuhan seumpama ini.  Sehubungan dengan itu, beliau menambah sumbangan tidak semestinya dalam bentuk wang tetapi boleh disalurkan  dalam bentuk apa sekalipun selagi ia mampu memberi manfaat kepada sesebuah pertubuhan. Melalui aktiviti  seperti  ini, ia secara tidak langsung menarik lebih banyak penyumbang sama ada dari kalangan perseorangan mahupun badan korporat. Sehubungan itu, pihak Yayasan merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia dengan sumbangan yang telah diberikan.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”

Dr. Nadiyah bersama En. Rosli melihat barang-barang sumbangan yang diberikan oleh pusat KO-K, UUM

En.Rosli mengabadikan gambar bersama Dr. Nadiyah disamping barang-barang yang didermakan.


USAHASAMA PERNIAGAAN DI ANTARA YAYASAN NUSRAH BERSAMA PELAJAR THAILAND

USAHASAMA PERNIAGAAN DI ANTARA YAYASAN NUSRAH BERSAMA PELAJAR THAILAND

Pada 20 Disember 2010, kedai Amal Yayasan Nusrah menerima kunjungan daripada dua orang pelajar Thailand yang menuntut di Kolej Univesiti Insaniah iaitu saudara Muhammad dan saudari Rohani. Pelajar yang mengambil jurusan syariah ini berminat untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Yayasan Nusrah yang mana yayasan amat mengalu-alukan dan sentiasa menghargai usaha pelajar ini untuk membantu mengembangkan perniagaan yayasan ke negara jiran.

Pada hari tersebut kedua penuntut kolej Insaniah telah membeli lebih daripada 30 pasang pakaian terpakai yang terdiri daripada baju kurung, kemeja dan pakaian lelaki untuk dipasarkan di negara mereka.  Melalui usahasama dengan penuntut Thailand ini, secara tidak langsung telah membuka peluang perniagaan untuk yayasan bertapak di negara gajah putih itu. Hal ini kerana, mereka dapat membantu Yayasan untuk mencari  sekolah-sekolah pondok yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama-sama.  Keadaan ini secara tidak langsung membolehkan pertukaran perniagaan di antara Yayasan dan masyarakat di Thailand.

Diharapkan usaha murni penuntut ini untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan Yayasan Nusrah akan berkekalan dan terus berkembang. Yayasan juga berbesar hati sekiranya terdapat pihak-pihak lain yang sudi menjalinkan usahasama untuk memasarkan barangan yayasan yang mana barangan yayasan tidak terhad kepada pakaian terpakai sahaja malah yayasan juga turut menjual  produk kesihatan seperti madu lebah dan habbatus sauda.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”


Penuntut Thailand sedang sibuk memilih pakaian yang hendak dipasarkan di negara mereka.

Pekerja sosial  (kanan) memerhatikan saudari  Rohani memilih baju kurung yang berkenan di hati

Kakitangan Yayasan Nusrah memberi peneranagn mengenai pakaian yang dijual di kedai Amal Yayasan Nusrah sambil diperhatikan oleh saudara Muhammad dan saudari Rohani (pelajar Thailand)

YN’s Booth Just Starts Its Business

Yayasan Nusrah has gone a step further with the opening of one of its business chapters around Kubang Pasu and its surrounding. While its still doing a home-based bundle business which is known as Kedai Amal, its mobile shop has just started to sell varieties of clothes on last Friday(04 December 2010). The price ranged between RM3 to RM5 per piece and has made it affordable for everybody to buy. More than that, the quality of the clothes indeed more or less as equal as a new one.



The mobile shop was opened at Pekan Nat nearby Kg Asun under the supervision of Brother Ishomuddin, the Marketing Officer of Yayasan Nusrah. This first trial was in fact a very successful implementation of series of discussion between YN’s staffs. Yet, there will be a lot more places to get into in the future such as Pasar Malam Taman Mahsuri and Bukit Kayu Hitam. The process is still in planning and it is hoped that the mobile shop will be opened as planned before.

 


“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”

Bantuan Mencari Dana Membina Bangunan Sekolah

Nama Sekolah : Pusat Bimbingan Faidhul Ahmadiyyah

Alamat : No 290 Jalan Masjid Lama Jitra, 06000 Jitra Kedah Darul Aman 

Jumlah Di perlukan : Fasa 1 : RM 300k untuk membina satu bangunan sekolah dua tingkat

No. Tel Untuk di Hubungi : Haji Ani 019-5730189 / Yayasan Nusrah : 04-9190095

Emel : Faidhul.ahmadiyyah[at]gmail.com

No. Akaun Pusat Bimbingan Faidhul Ahmadiyyah : 0982022006121 (Ambank)

Antara gambar tapak asal bangunan asrama sekolah Faidhul Ahmadiyyah yang akan dibangunkan semula






“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”